Jumaat, 1 Januari 2016

GB WHATSAPP DUAL WHATSAPP DALAM 1 SMARTPHONE KEMBALI (UPDATE TERBARU GBWHATSAPP V3.80)

 

Selepas OGWhatsapp menghentikan mod terhadap aplikasi Whatsapp kini muncul mod terbaru yang dikenali sebagi GBWhatsapp. Antara mod yang ditunggu2 ialah mod hide double tick & blue tick...

Cara untuk Install sama seperti whatsapp original cuma anda perlu guna no sim kad ke-2 anda...

Download GBWhatsapp disini

GBWhatsapp v3.60 
GBWhatsapp v3.80



Khamis, 31 Disember 2015

KINGROOT ROOT ANDROID ANDA TANPA PC

 

Pening kepala memikirkan bagaimana cara untuk rooting android anda, kalau nak upah orang pun busuk2 RM10- RM30 pasti melayang... Kenapa tak buat sendiri? Susah? Rumit? Tak perlu pening kepala memikirkan cara untuk rooting android kerana sudah ada cara yang sangat mudah semudah 123...
1.Install Kingroot.apk v4.60 disini
2.Aplikasi akan detect model smartphone anda.
3.Tekan button root dan tunggu proses rooting.
4.Smartphone akan reboot beberapa kali tidak perlu risau sebab ia normal.
5.Tahniah Android anda sudah ROOT.

 

Sabtu, 14 November 2015

SISTEM ANDROID ANDA BERAT DAN LEMBAB? BOSAN DENGAN STOCK ROM? JOM FLASH CUSTOM ROM...

 


Assalamualaikum,

Terlebih dahulu kita perlu ada pengetahuan tentang Stock Rom dan Custom Rom:

Truly Stock ROM/Firmware

Versi ini boleh dikatakan didalam bentuk asal (default). Tiada pengubahsuaian yang dibuat melainkan memberi sokongan kepada satu peranti tertentu untuk dijalankan. Ia menawarkan penggunaan standard dari sistemnya tanpa sebarang perubahan pada paparan antaramuka mahupun fungsi.

Manufacturer(Pengilang) atau Carrier (Pembekal) Stock ROM/Firmware

Versi ini pula memiliki penambahan jika dibanding dengan sistem operasi asal (default) yang dikeluarkan oleh pengilang. Selalunya ia merangkumi penaiktaraf dan penambahan pada paparan antara muka, aplikasi, dan sekatan yang bertujuan untuk mencegah peranti diguna di kawasan tertentu. Begitu juga sekatan untuk mencegah dari pemasangan ROM/firmware yang tidak dikeluarkan oleh pembekal atau pengilang.

Custom ROM/Firmware
Developer bebas adalah mereka yang suka mengubahsuai peranti dan berkongsi hasil kerja mereka kepada orang ramai. Dan hasil pengubahsuaian mereka itu dipanggil Custom ROM. Selalunya mereka memilih Android OS untuk dijadikan Custom ROM kerana ia didatangkan didalam kategori sumber terbuka (Open Source).
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Custom ROM, korang boleh mendapatkan maklumat dan juga Custom ROM itu sendiri di forum XDA-Developers atau terus mencarinya di Needrom.

Antara Custom yang terkenal dan paling stabil adalah:

-Carbon ROM
-SlimRoms
-Pac Rom
-Omni Rom
-AOKP
-CyanogenMod
-Paranoid Android
-Popkat (lolipop+kitkat)

 

Kelebihan Custom ROM

Kita harus berterima kasih kepada pembangun (developer) yang membangunkannya. Kelebihannya adalah seperti berikut:

Pertama dan terpenting, kepelbagaian pilihan ROM! Ada ribuan custom ROM di luar sana untuk pelbagai peranti, masing-masing menawarkan pelbagai rangkaian ciri yang tidak ditemui dalam Stock ROM.

Kemas kini yang cepat dan pantas. Custom ROM selalunya dikeluarkan dari versi OS yang terbaru dan boleh dimuat turun sebelum ROM rasmi dilancarkan. Bagi kes ini ia ditujukan pada peranti Android , di mana pembangun cuba memasang versi terbaru dari Android ke beberapa peranti akan setelah dikeluarkan.
Memberikan maklum balas semudah meninggalkan mesej di forum pembangunan untuk ROM tersebut, sangat sesuai untuk melaporkan bug.

Dapat menyelesaikan masalah korang di forum, tidak semestinya dari pembangun itu sendiri, tetapi juga pengguna yang telah berpengalaman.

Custom ROM menghapuskan semua sekatan yang dipasang oleh pembekal atau pengilang.Penambahan prestasi dan pengoptimuman mudah didapatkan pada Custom ROM dan membuatkan mereka jauh lebih pantas daripada stock ROM, membolehkan pengguna untuk mendapatkan hasil maksimum dari peranti mereka.

Pilihan Overclocking dibina ke beberapa Custom ROM.

Pilihan Undervolting ditemui di beberapa ROM iaitu memanjangkan jangka hidup bateri.

Telefon lama yang mempunyai memori dalaman kecil boleh menggunakan kad memori SD luaran untuk aplikasi sama seperti menggunakan memori dalaman.

Jadi, dengan semua kelebihan ini, seharusnya tidak ada alasan untuk tidak setia dengan Custom ROM kan?

Jumaat, 13 November 2015

SELESAIKAN MASALAH "Unfortunately, Google Play Services has stopped" PADA ANDROID ANDA.

Masalah ini pasti merunsingkan pengguna2 android,  ia cukup merunsingkan sy jika masalah ini ada pada peranti android sy. Disini sy berikan beberapa tips untuk menyelesaikan masalah yng merunsingkan ini;

1. Update Google Play anda disini

2. Clearkan  cache Google Play Services anda, caranya masuk setting> app > google play services>  force stop> clear cache




3. Clearkan cache Google Services Framework anda, cara yng sama seperti langkah ke-2 masuk setting> app> google services framework>  force stop> clear cache.

4. Sambungan internet anda mungkin bermasalah sila cuba on/off sambungan internet anda.

5. Reboot peranti anda, kadang2 masalah ini boleh diatasi dgn reboot shj.

6. Flash/Install ROM atau Custom Rom yng lebih stabil.

sumber:http://android.stackexchange.com/

Isnin, 16 Jun 2014

TUTORIAL CARA MENGGUNAKAN SP FLASHTOOL UNTUK NEWBIES.

1.Download file sp flashtool disini

2.Extract file yang didownload tadi:


3.Buka app flashtool dalam folder yang sudah diextract tadi:



 
4. Tick pada kotak DA DL All With Check Sum kemudian klik Scatter-loading untuk mencari file yang ingin anda flash:



5.Cari file yang anda ingin flash ( fail yang sudah diextract) dan buka file MT6582_Android_scatter:




6.Tekan download jika anda ingin flash custom recovery dan firmware upgrade jika anda ingin flash rom:




Bulatan hijau seperti gambar diatas akan keluar jika proses flash berjaya. Selepas itu anda boleh cabut wayar usb masukkan kembali bateri dan on hp seperti biasa...


Nota: Jika anda mengalami masalah driver, sila  download fail ini > All MTK USB Driver 2014 > Extract > cari All MTK USB Driver 2014\All MTK Drivers\New inst. win 7&8x64 dan install (kredit kpd OMG Hacker)

Rabu, 11 Jun 2014

TUTORIAL BACKUP ROM MENGGUNAKAN CUSTOM RECOVERY.

Backup rom adalah suatu proses yng sangat penting untuk setiap pengguna android yng mahu melakukan tweaks,flash custom rom dsbnya...Bootloop atau brick adalah istilah yng memberi pengertian bahawa peranti kita tidak boleh dibuka seperti biasa dan ia akan 'hang' semasa proses reboot. Oleh sbb itu backup rom sgt penting utk kita mengembalikan keadaan android kita elok seperti biasa seperti saat sebelum kita melakukan flashing atau tweaks yng tidak berjaya...Sangat2 menyedihkan jika saat berlaku brick atau bootloop tp kita tidak ada sebarang backup...Oleh itu beringatlah sebelum terkena...

1.TWRP Backup/Restore:


Masuk ke dalam mode recovery seperti biasa dan pilih backup...


Kemudian kita akan masuk ke option seperti diatas, cukup sekadar menanda pada option boot,system dan data untuk membuat backup...Sangat2 digalakkan backup disimpan didalam external memory/sd kad...Cara untuk memilih storage ialah sentuh pd tulisan storage itu dan pilih external storage...Kita juga boleh menamakan file backup itu dgn memilih option 'set backup name'.


Selesailah proses backup...Kini peranti kita bebas melakukan tweaks atau flash custom rom tanpa perlu bimbang sekiranya berlaku brick atau bootloop...Anda masih mampu tersenyum jika berlaku softbrick atau bootloop....

2.CWM Backup/Restore:


Pastikan bateri Android anda penuh atau sekurang-kurangnya 50%. Pastikan SD Card anda, memiliki kapasiti yang mencukupi untuk melakukan backup. Ukuran ROM tidak sama, tapi rata-rata ukurannya lebih kurang 300MB. Jadi pastikankan SD Card anda mampu menyimpan saiz file backup, cara untuk masuk ke mode CWM berlainan antara peranti-peranti android jadi sila pastikan cara untuk masuk ke mode CWM anda.

1.Masuk ke CWM pilih backup and restore kemudian pilih backup dan tunggu sehingga prosesnya selesai.

2.Apabila proses backup sudah selesai sila reboot Android anda dengan memilih reboot system now dan lihat pada SD KAD adakah sudah ada file backup tadi, biasanya fail tersimpandidalam folder bernama 'ClockWorkMod'

3.Anda boleh juga Copy ke PC/Laptop anda untuk lebih selamat.

Proses restore TWRP dan CWM sangat mudah, anda hanya perlu masuk ke CWM atau TWRP kemudian pilih 'backup and restore' untuk CWM dan 'restore' untuk TWRP.  Pilih fail backup yng anda simpan sebelum ini dan mulakan proses restore. Reboot selepas proses restore selesai.

Semoga tutorial ini bermanfaat buat anda...

Ahad, 11 Mei 2014

MODUL XPOSED YANG PATUT DICUBA.

xposed
Xposed adalah salah satu perkara terbaik yang berlaku kepada Android. Xposed membenarkan anda mengubahsuai Android anda tanpa perlu flash mana-mana Custom ROM. Apa yang anda perlukan adalah akses ROOT. Berikut adalah senarai 10 modul Xposed yang wajib dicuba. Anda boleh memuat turun Xposed disini

1.XThemeEngine

 XThemeEngine membolehkan anda mengubah tema peranti Android anda sama dengan tema T-Mobile/CM10. Ia berfungsi dengan Android 4.0 dan ke atas.

xthemeengine

2.Full Screen Call Picture 

Memberi anda gambaran skrin penuh apabila anda mendapat panggilan.

 fullscreenxposed



3.Android Phone Vibrator 

Hubungi rakan anda dan apabila telefon disambungkan ia akan bergetar, kemudian letakkan telefon ke telinga anda.

 xposedvibartor Ciri-ciri: -
1. Getar apabila panggilan keluar disambungkan
2. Bergetar apabila panggilan masuk disambungkan
3. Bergetar apabila panggilan masuk sedang menunggu
4. Bergetar apabila panggilan berakhir
5. Bergetar semasa panggilan keluar pada 45 tanda kedua setiap minit (lalai dimatikan)
6. Bergetar sekali pada masa tetap selepas panggilan keluar disambungkan (lalai dimatikan)
7. Mana-mana ciri-ciri di atas boleh dihidupkan / mati 8. Intensiti getaran boleh dilaraskan

4.XVolume SkipTrack

Membolehkan anda mengawal playback muzik menggunakan kekunci kelantangan anda apabila skrin dimatikan.

 xposedmusic


5.XBattery Themer

Membenarkan anda untuk menukar tema ikon bateri anda, mempunyai banyak pilihan seperti bulatan, graf bar, graf dan lain-lain binary.

 aegp


6.PerAppFonts

 Membolehkan anda menggunakan fon langganan anda tanpa flash fail zip , di samping itu anda boleh mempunyai fon individu untuk setiap aplikasi. 8 fon dihimpun dalam modul.

-Sistem Default
-sistem lalai Monoruang
-sistem lalai Serif
-Sans sistem lalai
-Roboto Pekat
-Storopia
-Rosemary
-Roboto Slab

7.Instagram Downloader 

Sentiasa mahu menyimpan gambar dari Instagram, modul ini boleh melakukan itu.

 xposedinstagram


8.GravityBox

Siapa yang tak kenal dengan GravityBox? Sebuah tool yang sangat berguna untuk 'Heavy Tweaker'. Didalamnya terkandung pelbagai tweaks yang biasa terdapat dalam custom ROM. Statusbar, Navigation bar, Recent tasks RAM bar dan pelbagai lagi tweaks yang boleh buat anda tidak habis seharian mengkajinya.




9.Music2SD

Anda pengguna tegar Google Play Music? Jika ya, maka sila gunakan module Xposed Music2SD untuk menjadikan setiap lagu yang anda muat turun ditempatkan secara automatik ke dalam sdcard.

10.XBlast Tools

XBlast Tools ialah sebuah aplikasi yang sama fungsinya dengan GravityBox. Penuh dengan tweak yang boleh menjadikan telefon bimbit pintar anda mencapai potensi maksima.

 


11. Van Battery

Bosan dengan ikon bateri stock? Van battery jawapannya, terdapat berpuluh-puluh ikon bateri yng ditawarkan kepada anda...




Download koleksi2 Van Battery Signed disini 

SUMBER:androidnews & omghackers