Jumaat, 4 April 2014

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTILAH STOCK ROM,CUSTOM ROM,FIRMWARE DAN FLASH PADA PERANTI ANDROID.

Apa Itu Stock ROM, Custom ROM & Firmware? Kelebihan & Kekurangannya.


Bagi pengguna peranti Android pasti teruja untuk mengetahui apakah itu firmware, stock ROM, custom ROM, OS, dan pelbagai lagi istilah-istilah yang sering dikaitkan dengan android. Disini ada penerangan yang aku ambil drpd hasil carian google...Semoga dapat menambah pengetahuan anda....

Apakah ROM

ROM adalah singkatan daripada Read-Only Memory. Ia boleh dikelaskan sebagai memory dalaman sesebuah peranti tersebut. Rom ini mempunyai arahan dari sistem yang tidak perlu di ubahsuai dan ianya disimpan didalam ROM (Read-Only Memory) atau secara mudahnya seperti CD-R atau DVD-R. Segala pengubahsuaian mungkin akan membuat arahan tersebut tidak berfungsi atau merosakkan telefon tersebut. Jadi ianya bebeza dengan hard disk dan USB drive yang mempunyai akses read/write walaupun ianya mempunyai fail sistem.

Apakah Firmware

ROM yang dinyatakan seperti diatas juga boleh didefinisikan sebagai Firmware. Yang membezakannya adalah ia boleh diubahsuai. Selalunya, bila ia sudah diubahsuai, ia pasti memerlukan peranti lain sebagai Read-Only tetapi ia melalui perlindungan/pengawasan tertentu.

Flashing

Memori untuk ROM yang sering digunakan pada telefon pintar sama dengan flash memory seperti SD Memory Card dan USB drive. Ianya dioptimumkan untuk tahap kelajuan dan prestasi yang lebih baik untuk Mobile OS tersebut. Jadi korang dibenarkan melakukan pengubahsuaian pada file sistem tersebut dan memerlukan prosedur khas keatasnya. Jadi proses pengubahan atau penggantian file dari memori flash tersebut dikenali sebagai Flashing. Atau kata lain, Flashing adalah proses pengubahsuaian firmware.

Mobile OS

OS ialah singkatan kepada Operating System iaitu sistem yang menjalankan peranti kita contohnya PC atau Laptop kita dijalankan menggunakan OS Windows ataupun Linux. Asas yang sama juga digunakan kepada sesebuah peranti mudah alih. Contohnya seperti peranti mudah alih Sony,Samsung,Lenovo dll menggunakan OS Android kemudian Apple menggunakan iOS, BlackBerry menggunakan BlackBerry OS dan Nokia yng mengguna Windows,Symbian dan yng terbaru Nokia juga menggunakan Android sebagai OS.

Definisi

Seperti yang aku katakan diatas, ROM boleh didefinisikan sebagai firmware. ROM ini juga boleh dianggap sebagai OS kerana apabila ia dirujuk kepada telefon pintar dan tablet, dan juga ROM itu sendiri merujuk pada firmware yang dipasang di dalam memori peranti tersebut. Jika korang disuruh untuk memuat turun sesuatu ROM, apa yang mereka katakan adalah satu firmware yang mengandungi format fail yang sudah sedia untuk dipasang ke peranti korang bagi menggantikan firmware yang lama.


Truly Stock ROM/Firmware

Versi ini boleh dikatakan didalam bentuk asal (default). Tiada pengubahsuaian yang dibuat melainkan memberi sokongan kepada satu peranti tertentu untuk dijalankan. Ia menawarkan penggunaan standard dari sistemnya tanpa sebarang perubahan pada paparan antaramuka mahupun fungsi. ROM/Firmware seperti ini selalunya boleh didapati pada peranti dan sistem pengoperasian yang dibina oleh syarikat yang sama. Sebagai contoh Apple iOS, Palm WebOS, BlackBerry OS dan sesetengah peranti Android yang ROM/firmwarenya tidak diubahsuai oleh pengeluar.

Manufacturer(Pengilang) atau Carrier (Pembekal) Stock ROM/Firmware

Versi ini pula memiliki penambahan jika dibanding dengan sistem operasi asal (default) yang dikeluarkan oleh pengilang. Selalunya ia merangkumi penaiktaraf dan penambahan pada paparan antara muka, aplikasi, dan sekatan yang bertujuan untuk mencegah peranti diguna di kawasan tertentu. Begitu juga sekatan untuk mencegah dari pemasangan ROM/firmware yang tidak dikeluarkan oleh pembekal atau pengilang.
Kebanyakkan peranti yang menggunakan Android dan Symbian termasuk didalam kategori ini. Begitu juga sebahagian besar peranti Windows Phone 7 dimana menggunakan Truly Stock ROM/firmware yang diubahsuai. Tetapi perubahan ini amat sedikit dan hanya memasukkan aplikasi tambahan sahaja.

Custom ROM/Firmware

Hampir kesemua peranti yang dibuat dihantar menggunakan ROM/Firmware diatas dan ia tidak berakhir disana. Independent Developer adalah seseorang yang suka mengubahsuai peranti mereka melebihi pilihan yang ditawarkan oleh pembekal/pengeluar dan berkongsi hasil kerja mereka kepada orang ramai. Dan hasil pengubahsuaian mereka itu dipanggul Custom ROM. Selalunya mereka memilih Android OS untuk dijadikan Custom ROM kerana ia didatangkan didalam kategori sumber terbuka (Open Source).

Bagi Apple iOS dan Windows Phone 7, untuk menjumpai Custom ROM/Firmware amatlah sukar. Tetapi selalunya bagi kedua-duanya selalu didatangkan dalam bentuk pukal bersama alat/aplikasi yang menawarkan fungsi diluar ciri-ciri firmware. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Custom ROM, korang boleh mendapatkan maklumat dan juga Custom ROM itu sendiri di forum XDA-Developers.


Stock ROM vs Custom ROM

Baik stock atau custom ROM, mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pada bahagian ini, aku akan membuat perbandingan antara dua jenis ROM (stock ROM & custom ROM) untuk membantu korang membuat pilihan yang tepat. Mari kita mulai dengan melihat pada kelebihan dan kelemahan mereka.

Kelebihan & Kekelemahanan Stock ROM

Stock ROM adalah hasil dari penelitian dan ujian yang dilakukan oleh vendor sistem operasi, pengeluar peranti dan / atau pembekal peranti. Oleh kerana itu, membawa beberapa kelebihan:

Biasanya cukup stabil.

Hampir semua bug yang diperbaiki sebelum dikeluarkan.

Mempunyai sokongan rasmi oleh firmware vendor, pengeluar peranti dan pembekal.

Kemas kini dilakukan secara automatik ke peranti melalui carrier.

Stock ROM juga mempunyai kelemahan dan ini termasuk:

Kurang/lambat mendapat kemaskini kerana mereka (pengeluar/pembekal) harus mengikuti kitaran keluaran yang telah dijadualkan.

Sukar memberi maklum balas kepada kilang jika berlaku kes (contoh kerosakan peranti) dan ia juga mungkin mustahil, tidak diterima (selalunya peranti Apple), atau memerlukan proses yang panjang dan rumit.
Jika pengilang peranti dan pembangun sistem operasi berbeza (contoh Android dan Windows Phone 7), setiap kemaskini yang dikeluarkan oleh pembangun sistem operasi perlu diedit oleh pengilang peranti atau pembekal untuk mendapatkan keserasian dan perisian tambahan sebelum dikeluaran . Oleh kerana itu, kemaskini untuk beberapa peranti tertangguh berbulan-bulan.

Kemas kini sering dikeluarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu, selepas berbulan-bulan baru ada kemaskini untuk pengguna diluar negara Amerika Syarikat.

Bagi peranti yang sudah lama dikeluarkan, pengeluar atau pembekal tidak lagi mengeluarkan kemaskini untuk versi peranti mereka dan meninggalkan peranti tersebut bersama OS versi lama. Ini selalunya berlaku kepada Android dan seterusnya pada iPhone 3Gs kebawah selepas keluarnya iOS 5.



Kelebihan & Kelemahan Custom ROM

Custom ROM ini juga mempunyai baik dan buruknya. Tetapi kita harus berterima kasih kepada pembangun (developer) yang membangunkannya. Kelebihannya adalah seperti berikut:

Pertama dan terpenting, kepelbagaian pilihan ROM! Ada ribuan custom ROM di luar sana untuk pelbagai peranti, masing-masing menawarkan pelbagai rangkaian ciri yang tidak ditemui dalam Stock ROM.

Kemas kini yang cepat dan pantas. Custom ROM selalunya dikeluarkan dari versi OS yang terbaru dan boleh dimuat turun sebelum ROM rasmi dilancarkan. Bagi kes ini ia ditujukan pada peranti Android , di mana pembangun cuba memasang versi terbaru dari Android ke beberapa peranti akan setelah dikeluarkan.
Memberikan maklum balas semudah meninggalkan mesej di forum pembangunan untuk ROM tersebut, sangat sesuai untuk melaporkan bug.

Dapat menyelesaikan masalah korang di forum, tidak semestinya dari pembangun itu sendiri, tetapi juga pengguna yang telah berpengalaman.

Custom ROM menghapuskan semua sekatan yang dipasang oleh pembekal atau pengilang.Penambahan prestasi dan pengoptimuman mudah didapatkan pada Custom ROM dan membuatkan mereka jauh lebih pantas daripada stock ROM, membolehkan pengguna untuk mendapatkan hasil maksimum dari peranti mereka.

Pilihan Overclocking dibina ke beberapa Custom ROM.

Pilihan Undervolting ditemui di beberapa ROM iaitu memanjangkan jangka hidup bateri.

Telefon lama yang mempunyai memori dalaman kecil boleh menggunakan kad memori SD luaran untuk aplikasi sama seperti menggunakan memori dalaman.

Jadi, dengan semua kelebihan ini, seharusnya tidak ada alasan untuk tidak setia dengan Custom ROM kan? Belum tentu! Custom ROM juga mempunyai kelemahan seperti:

Kerana kurangnya ujian menyeluruh sebelum dikeluarkan, banyak Custom ROM mempunyai bug dan lebih teruk lagi fail penting peranti tersebut hilang/corrupt atau peranti tersebut brick (rosak).

Beberapa custom ROM juga telah menghilangkan fungsi-fungsi yang terdapat pada peranti.

Pemasangan custom ROM biasanya melibatkan proses kembali ke tetapan kilang, sehingga korang kehilangan data dan memerlukan korang mula dari awal. Nasib baik Android mempunyai fungsi backup/restore yang membolehkan korang menyimpan terlebih dahulu data dan maklumat sebelum memasang Custom ROM dan memasukkannya semula selepas selesai proses pemasangan Custom ROM.


Pemilihan ROM

Memilih jenis ROM pasti memeningkan kepala korang. Buatlah mengikut keperluan. Jika Stock ROM membenarkan korang melakukan apa yang korang nak lakukan dan tidak memperlahankan peranti korang, jadi aku tidak sarankan korang untuk mendapatkan risiko memasang Custom ROM.

Tetapi jika korang ingin membuatkan peranti korang mempunyai fungsi yang tidak ditawarkan, tidak kisah akan jaminan dan bersedia mengambil risiko yang mungkin akan berlaku, atau menggunakan custom ROM adalah satu cara untuk mencapainya, pilihlah dengan bijak. Jangan ikut orang. Jika korang mengalami masalah atau inginkan panduan mengenai custom ROM, tanyalah kepada yang lebih arif didalam bidang ini. Banyak forum-forum yang mempunyai orang yang boleh membantu korang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan