Assalamualaikum,
Terlebih dahulu kita perlu ada pengetahuan tentang Stock Rom dan Custom Rom:
Truly Stock ROM/Firmware
Versi ini boleh dikatakan didalam bentuk asal (default). Tiada
pengubahsuaian yang dibuat melainkan memberi sokongan kepada satu
peranti tertentu untuk dijalankan. Ia menawarkan penggunaan standard
dari sistemnya tanpa sebarang perubahan pada paparan antaramuka mahupun
fungsi.
Manufacturer(Pengilang) atau Carrier (Pembekal) Stock ROM/Firmware
Versi ini pula memiliki penambahan jika dibanding dengan sistem operasi
asal (default) yang dikeluarkan oleh pengilang. Selalunya ia merangkumi
penaiktaraf dan penambahan pada paparan antara muka, aplikasi, dan
sekatan yang bertujuan untuk mencegah peranti diguna di kawasan
tertentu. Begitu juga sekatan untuk mencegah dari pemasangan
ROM/firmware yang tidak dikeluarkan oleh pembekal atau pengilang.
Custom ROM/Firmware
Developer bebas adalah mereka yang suka mengubahsuai peranti dan berkongsi hasil kerja mereka
kepada orang ramai. Dan hasil pengubahsuaian mereka itu dipanggil Custom
ROM. Selalunya mereka memilih Android OS untuk dijadikan Custom ROM
kerana ia didatangkan didalam kategori sumber terbuka (Open Source).
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai
Custom ROM, korang boleh mendapatkan maklumat dan juga Custom ROM itu
sendiri di forum
XDA-Developers atau terus mencarinya di
Needrom.
Antara Custom yang terkenal dan paling stabil adalah:
-Carbon ROM
-SlimRoms
-Pac Rom
-Omni Rom
-AOKP
-CyanogenMod
-Paranoid Android
-Popkat (lolipop+kitkat)
Kelebihan Custom ROM
Kita harus
berterima kasih kepada pembangun (developer) yang membangunkannya.
Kelebihannya adalah seperti berikut:
Pertama dan terpenting, kepelbagaian pilihan ROM! Ada ribuan custom ROM
di luar sana untuk pelbagai peranti, masing-masing menawarkan pelbagai
rangkaian ciri yang tidak ditemui dalam Stock ROM.
Kemas kini yang cepat dan pantas. Custom ROM selalunya dikeluarkan dari
versi OS yang terbaru dan boleh dimuat turun sebelum ROM rasmi
dilancarkan. Bagi kes ini ia ditujukan pada peranti Android , di mana
pembangun cuba memasang versi terbaru dari Android ke beberapa peranti
akan setelah dikeluarkan.
Memberikan maklum balas semudah meninggalkan mesej di forum pembangunan untuk ROM tersebut, sangat sesuai untuk melaporkan bug.
Dapat menyelesaikan masalah korang di forum, tidak semestinya dari
pembangun itu sendiri, tetapi juga pengguna yang telah berpengalaman.
Custom ROM menghapuskan semua sekatan yang dipasang oleh pembekal atau
pengilang.Penambahan prestasi dan pengoptimuman mudah didapatkan pada
Custom ROM dan membuatkan mereka jauh lebih pantas daripada stock ROM,
membolehkan pengguna untuk mendapatkan hasil maksimum dari peranti
mereka.
Pilihan Overclocking dibina ke beberapa Custom ROM.
Pilihan Undervolting ditemui di beberapa ROM iaitu memanjangkan jangka hidup bateri.
Telefon lama yang mempunyai memori dalaman kecil boleh menggunakan kad
memori SD luaran untuk aplikasi sama seperti menggunakan memori dalaman.
Jadi, dengan semua kelebihan ini, seharusnya tidak ada alasan untuk
tidak setia dengan Custom ROM kan?