Ahad, 30 Mac 2014

TUTORIAL PINDAH APP2SD MENGGUNAKAN FOLDERMOUNT.

 

Foldermount adalah sejenis aplikasi yng digunakan utk memindahkan sesuatu aplikasi kedlm sd kad. Seperti yng semua pengguna Android sedia maklum sesetengah peranti android tidak menyokong fungsi menindahkan aplikasi kedlm sd kad. Dengan memori peranti yng terhad perkara ini membuatkan pengguna android frust... Tapi tak perlu risau sbb aplikasi foldermount boleh membantu anda dan anda tak perlu risau utk memuat turun games yng besar saiznya.

Langkah pertama yng perlu anda buat ialah memuat turun aplikasi Foldermount secara percuma didlm Google Play tp apa yng perlu anda tahu ialah aplikasi percuma itu hny membenarkan anda memindah 3 aplikasi shj. Utk memindah lebih byk app anda perlu membeli versi penuhnya.

 

Fungsi sebenar Foldermount dlm bahasa mudahnya ialah utk menipu sistem operasi android dgn membuat seolah-olah aplikasi yng dipindahkan kedlm sd masih berada dlm memori peranti android. Tapi sebenarnya hny folder kosong yng masih berada dlm memori peranti android anda.

Selepas memuat turun dan memasang aplikasi itu ia akan kelihatan begini.

 


Langkah seterusnya ialah menamakan folder utk aplikasi yng akan dipindahkan kedalam sd kad caranya dgn menekan butang ✚ untuk membuat folder.  Contohnya anda ingin memindahkan aplikasi "Asphalt7" jd namakan folder itu sebagai "Asphalt7". Ini adalah contoh folder pair yng sudah dibuat.

 


Kemudian klik pada "source" utk mencari dimana letaknya file yng ingin dipindah itu. File itu anda boleh dapati didalam memori peranti anda. Langkah ini mungkin agak rumit tp lama kelamaan anda akan mahir. Utk pengetahuan anda '0' mewakili memori peranti android anda dan '1' mewakili sd kad anda. Source sesuatu aplikasi seharusnya dicari dalam memori dalaman peranti anda iaitu '0' seperti gambar dibawah.



Setelah selesai mencari file yng diperlukan telingkap berikut akan keluar dan anda hanya perlu tekan pada butang yes seperti gambar dibawah.

 


Gambar dibawah disebelah kanan menunjukkan folder pair sudah dibuat. Tekan pada butang ✔ utk proses memindah file kedalam sd kad,

 

Proses memindah aplikasi akan berjalan seperti gambar dibawah.

 

Seterusnya anda hny perlu pinkan aplikasi yng ingin anda guna. Langkahnya anda hanya perlu klik pada butang berbentuk pin dan tunggu sehingga pin itu bertukar kpd warna hijau. Selesailah proses memindahkan aplikasi kedlm sd kad menggunakan Foldermount.

 

 Semoga tutorial ini dapat membantu anda. Sekian

TUTORIAL ROOT ANDROID MENGGUNAKAN FRAMAROOT.

Root Your Android Device (Framaroot Method)


Pertama sekali aku akan terangkan apa itu Framaroot. Framaroot ialah sejenis aplikasi yng membolehkan peranti anda diroot dgn cara yng sgt mudah semudah satu klik shj...

Langkah pertama: Pastikan model peranti sesuai menggunakan Framaroot, sila semak disini

Langkah kedua: Download Aplikasi Framaroot disini

Kemudian sila ikuti langkah-langkah ini:

1. Download  Framaroot APK ke Desktop anda.

2. Sambungkan peranti anda ke PC anda menggunakan kabel USB.

3. Copy Framaroot APK kedlm  kad SD anda.

4. Setelah selesai cabut peranti drpd PC dan tukar setting peranti anda dgn cara pergi  ke Menu>>Settings>>Security dan pilih  Unknown sources .

5. Buka aplikasi File Manager pada peranti anda dan Install aplikasi Framaroot APK yng dicopy tadi.

6. Setelah selesai buka aplikasi yng diinstall itu.

8. Pilih install SuperSU dari menu pertama.

9.Kemudian dibawahnya anda akan lihat beberapa jenis "exploit" pilih "exploit" yng sesuai dgn peranti anda dgn merujuk   disini

10. Aplikasi itu akan memulakan proses root dan ia tidak mengambil masa yng lama.

11.Apabila selesai "reboot" peranti anda.

12.Peranti anda sudah diroot.

Sabtu, 29 Mac 2014

TOTURIAL ROOT ANDROID MENGGUNAKAN SOFTWARE VROOT.

Pertama sekali sy akn terangkan apa itu VROOT. VROOT ialah sebuah aplikasi Windows yang boleh digunakan untuk tujuan root pada peranti android semudah satu klik shj. Langkah-langkahnya:

Langkah pertama: Anda perlu membuka fungsi 'USB debugging' pd peranti android anda. Caranya pergi ke Settings>Developer option>USB debugging>tandakan untuk membuka fungsinya.



USB Debugging on Samsung

Nota: Sesetengah peranti android 'Developer options" telah disorok dan cara untuk masuk ke Developer options ialah dengan pergi ke Settings>About Phone>Built Number (Tekan 5-8 kali)

Langkah kedua: Download aplikasi VROOT dan install ke dalam komputer anda. (terdapat juga versi English)

Langkah ketiga: Selepas selesai install buka aplikasi itu.

 RootMaster Setup

Langkah keempat:Selepas aplikasi dibuka sambungkan peranti android anda kepada komputer.

vRoot Launched


Langkah Kelima: Setelah peranti disambungkn kpd komputer VROOT akan mengesan peranti anda secara automatik.

 Galaxy Grand Added to vRoot


Langkah Keenam: Anda hanya perlu klik pada butang 'ROOT' untuk memulakan proses root.

 Start Root on vRoot


Langkah Ketujuh: Peranti anda akan di "reboot" secara automatik dan sejenis aplikasi yng dikenali sbg "Superuser" akan dipasang secara automatik  kedalam peranti anda. Selepas selesai telingkap seperti dibawah akan keluar.

Galaxy Grand Rooted with vRoot


Langkah Kelapan: Untuk memastikan peranti anda sudah diroot anda perlu lihat pada Application Menu, Jika aplikasi 'Superuser' ada bermakna peranti anda sudah berjaya diroot.

 vRoot-SuperSU-installed

Pilihan: Anda juga boleh memeriksa samada peranti anda sudah diroot atau tidak dengan menggunakan aplikasi 'Root Checker' yng boleh didapati didalam Google Play/Store.

Sebenarnya ada satu lagi cara root yng sgt mudah tanpa menggunakan PC/LAPTOP tp hny menggunakan Aplikasi android shj. Aplikasi itu dikenali sebagai Framaroot tapi bukan semua peranti android yang boleh diroot menggunakan Framaroot...Jika ada kesempatan sy akan buat toturial menggunakan Framaroot Insha Allah. Sekian untuk kali ini salam...

APA ITU ROOT/ROOTING PADA PERANTI ANDROID?

 

Ramai antara kita yang mula memakai smartphone pada waktu ini dan sering terdengar perkataan root..apa tu?..Jadi kat sini aku share sikit info mengenai Root..apa kelebihan dan kekurangannya.. 

Pengertian Root.
Secara ringkasnya root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna smartphone untuk akses penuh untuk membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam smartphone kita..kebanyakan sistem di dalam smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.

Kenapa pengeluar smartphone mengunci sistem tersebut?
Pengeluar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut. Ini boleh menjadikan smartphone tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kekurangan Root
1. Boleh menghilangkan waranti - sekiranya pengguna membuat root kepada smartphone tersebut satu perkara yang paling mustahak perlu diketahui adalah waranti smartphone tersebut akan hilang. Ini kerana pihak pengeluar tidak akan memberi jaminan kepada peranti yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak.

2. Serangan virus - adalah dikhabarkan sekiranya pengguna membuat pengubahsuaian terhadap sistem ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus. Walau bagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan kerana sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang kepada mana-mana peranti walaupun proses root tidak dijalankan.

Kelebihan Root
1. Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas dan laju - ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna sebaik smartphone tersebut selesai proses root. Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root.

2. Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam smartphone untuk mengurangkan internal memory dan meminimakan penggunaan RAM - Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan yang terkandung dalam smartphone kita seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya. Aplikasi ini hanya membuat Internal Memory kita penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara background. Ini secara tidak langsung membuatkan RAM kita akan meningkat. Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory dan meminimakan penggunaan RAM. Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri.

3. Pengguna dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root seperti Titanium backup. -  Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem dan aplikasi dalam smartphone. Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka pengguna boleh restore semula sistem dan aplikasi yang telah di buat back up.

4. Mengubahsuai ROM, launcher, theme dan lain-lain. - Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar. Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi. 

Kesimpulan
Root memberikan pengguna pelbagai kelebihan kepada pengguna smartphone yang ingin menaiktaraf keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap smartphone mereka sendiri. Bagaimanapun sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan smartphone standard mereka, maka proses root tidak digalakkan.

sumber

Ok sekerang korang dah faham apa itu root pd peranti android... Lepas ni aku akan kongsikan toturial utk root dengan cara yng sgt mudah pd post yng akan datang...Untuk pengetahuan korang bagi peranti Apple cara yng sama juga boleh dibuat tp ia tidak dipanggil root tp dikenali sebagai "Jail Break/Jail Breaking"... Sekian utk kali ini...Salam...

APA ITU SISTEM OPERASI 'ANDROID' DAN VERSI-VERSINYA

Untuk makluman korang 'Android' adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.

Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.

Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.

Sejarah Android dan versi2nya:

 The-Andriod-Story

Setakat ini aku sudah pun mengguna versi Gingerbread 2.3,Ice cream 4.0 dan terbaru Jelly Bean 4.1. Semakin baru versi Android itu semakin hebat dan bertambah fungsinya...Setakat ini pesaing utama kepada Android ialah IOS iaitu sistem operasi yng digunakan oleh peranti bergerak Apple... Insha Allah aku akan terangkan tentang IOS jika berkesempatan sebab aku mahu memperincikan tentang sistem operasi Android terlebih dahulu sbb aku adalah pengguna Android...Kepada pengguna IOS jgn berkecil hati kerana setiap sistem operasi itu ada kelebihan & kekurangannya...Post yng akan datang aku akan terangkan tentang istilah  "Root/Rooting kpd Android...

APA GADJET PERTAMA KORANG?

Salam perkenalan, blog ini tercipta kerana minat mendalam aku kepada gadjet...Gadjet pertama yang aku beli adalah sebuah smartphone 'sony ericson xperia mini pro (kini dikenai sbg 'sony') 'sejak itu minat aku terhadap gadjet terus mendalam...

 

Hasutan member2 yng buat aku beli smartphone ini...

Kelebihan smartphone dgn OS android ialah beribu-ribu aplikasinya  boleh didapati secara percuma. Aplikasi itu boleh didapati di "google store/google play". Post berikutnya aku akan terangkan apa apakah sistem operasi yng dikenali sebagai Android dan versi2nya...